TAKLIMAT PELUANG PEMBIAYAAN DAN GERAN BANTUAN PEMANTAPAN USAHAWAN

KUANTAN, 26 OKTOBER 2023: Sesi Taklimat Peluang Pembiayaan dan Geran Bantuan Pemantapan Usahawan telah diadakan pada 26 Oktober pada pukul 9 pagi yang bertempat di dewan Hotel Kosma. Sesi Taklimat tersebut telah dianjurkan oleh PERDASAMA yang merupakan Persatuan Pedagang Dan Pengusaha Melayu Malaysia. Sesi taklimat tersebut telah dihadiri oleh pelbagai agensi antaranya CIMB BANK, MIDA, SMECORP dan HRD CORP. Para peserta telah diberikan pendedahan serta maklumat tentang pembiayaan dan bantuan daripada setiap agensi yang hadir

Sehubungan dengan itu, bagi memeriahkan lagi sesi taklimat ini, Pihak PERDASAMA telah menjemput KUMEP bagi membuka sebuah booth jualan di dalam dewan tersebut. KUMEP amat berbesar hati dan berterima kasih kepada pihak PERDASAMA kerana memberi peluang kepada KUMEP untuk memasarkan produk kepada peserta yang hadir. Hasil daripada itu, KUMEP berjaya menjual banyak produk yang telah dibawa ke dewan tersebut.

booth jualan produk KUMEP yang terdapat di dewan Hotel Kosma

antara pelanggan yang mendapatkan produk daripada booth KUMEP

Jutaan terima kasih KUMEP ucapkan kepada pihak PERDASAMA kerana memberi peluang kepada kami untuk turut serta memeriahkan sesi taklimat ini dengan membuka booth jualan di dewan Hotel Kosma. Tidak lupa juga, jutaan terima kasih kami ucapkan kepada para peserta yang hadir kerana menyokong usaha yang KUMEP telah lakukan dengan membeli produk-produk daripada booth jualan KUMEP.

Harapan kami adalah aktiviti seperti ini wajar diadakan pada setiap tahu bagi membantu peniaga IKS untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka serta kami berharap PERDASAMA akan sentiasa menjemput KUMEP untuk turut serta memeriahkan program dan majlis seperti ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*