LAWATAN KERJASAMA ANTARA KUMEP DAN MSTS CHERATING
KUANTAN, 5 OKTOBER 2023: Koperasi Usaha Melayu Pahang Berhad (KUMEP) telah mengadakan satu lawatan ke MSTS cawangan Cherating. Sesi lawatan tersebut diadakan pada 5 Oktober pada pukul 9 pagi hingga 12 tengahari bertempat di pusat latihan MSTS Cherating. Objektif utama sesi lawatan ini diadakan adalah bertujuan bagi menjalinkan kerjasama antara pihak KUMEP dan pihak MSTS.




Sesi taklimat dan penerangan sedang diberikan oleh pihak MSTS kepada pihak pengurusan KUMEP
Kami amat berbesar hati dan berterima kasih kepada pihak MSTS kerana sudi bekerjasama dengan pihak KUMEP dalam menyediakan latihan kemahiran dan peluang pekerjaan untuk mereka yang berminat untuk bekerja dalam sektor perindustrian. Pihak KUMEP juga turut diberikan kesempatan untuk melihat tempat latihan untuk setiap kursus yang dijalankan dan kami amat kagum dengan segala fasiliti dan kemudahan yang terdapat di pusat latihan ini. Kami berharap kerjasama antara KUMEP dan MSTS akan berterusan dengan baik pada masa akan datang.
Leave a Reply