Mengenai Kami
Koperasi Usaha Melayu Pahang Berhad (KUMEP) ditubuhkan pada 07 Oktober 2020 bawah subseksyen 7(1) Akta Koperasi 1993 sebagai suatu koperasi asas (Perkhidmatan) dengan liabiliti terhad.
Keanggotaan KUMEP terdiri daripada usahawan-usahawan Mikro Melayu yang menjalankan perniagaan dalam negeri Pahang.
Perkhidmatan KUMEP adalah:
1. Penyedia latihan, kursus dan khidmat konsultansi keusahawanan.
2. Perkhidmatan pemasaran dan promosi produk / perkhidmatan usahawan.
3. Pembekal dan Pemborong produk IKS, asastani, perternakan, perikanan dsb.
Koperasi ini diharapkan dapat membuka ruang serta memberi peluang memperkasa ekonomi perniagaan usahawan dengan kolaborasi strategik dari aspek latihan, pemasaran dan jualan sekaligus menjana kumpulan dana dalam koperasi secara amnya.
Muat Turun: PROFILE KUMEP





